Fattah Amin Minta Jangan Ada ‘Team’, Kena Reda & Sabar
Pelakon Fattah Amin berkata dia terharu dengan sokongan diterima daripada peminat dan berkongsikan keadaanya berada dalam keadaan baik.
Menerusi sesi siaran langsung Sabtu lalu, Fattah turut meminta agar peminat tidak bersikap berpuak-puak sehingga mewujudkan kumpulan yang menyokong dirinya dengan Fazura.
BACA: Fattah Amin Buat Live TikTok Dapat 20 Juta Likes, 50,000 Tontonan
Sementara itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur rezekinya semakin murah selepas apa yang terjadi dan semuanya di atas berkat doa ibu bapanya.
“Kalau boleh saya minta jangan ada team (kumpulan). Tidak perlu sampai hendak berkumpulan. Kita doakan yang baik-baik saja. Apa yang berlaku itu tidak pernah dijangka. Kita kena reda dan sabar.
“Insya-Allah saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Terima kasih kerana doakan untuk saya. Saya juga mendoakan semoga kalian dimurahkan rezeki. Saya sebenarnya sangat terharu dengan sokongan semua, saya tidak sangka benda-benda yang terjadi ini, saya tidak sangka.
“Saya tidak pernah terbayangkan akan mendapat sokongan begitu hebat daripada anda semua. Segala apa yang terjadi itu, alhamdulillah rezeki saya semakin murah dan ini semua atas doa orang ibu ayah saya,” katanya.
Tambah Fattah lagi, dia bakal menjalani sesi penggambaran pada November depan termasuk akan muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
“Bulan depan saya akan kembali sibuk untuk menjalani penggambaran. Alhamdulillah kerjaya seni saya berjalan seperti biasa.
“Saya juga akan lancarkan lagu baru. Jika berkesempatan lagu itu saya akan menyanyikan dalam majlis bertemu dengan peminat,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source