Syed Saddiq berjaya tamat perlumbaan walau cedera langgar dahan pokok
LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang terjatuh daripada basikal semasa kejohanan Ironman Malaysia mendedikasikan pingat finisher yang dimenangi untuk kedua ibu bapanya.
Beliau memberitahu, ketika kejadian cuaca hujan lebat dengan ribut kuat sehingga menyebabkan pokok tumbang dan waktu itu beliau sedang menuruni bukit pada kelajuan 32 hingga 33 kilometer sejam (km/j).
“Apabila pokok tumbang saya nak elak dia tutup satu jalan penuh, bila saya nak belok kanan ada penunggang basikal di sebelah kanan dan ada kereta yang lalu. Walaupun crash tidak ada yang patah, lebam, darah itu biasa. Dan saya dapat bangun semula dan hilanglah 30 minit tetapi tetap dapat tamatkan perlumbaan dalam empat jam sebelum masa penamat,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan perlumbaan tersebut di Jalan Pantai Chenang, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, dia berterima kasih dengan para sukarelawan yang membantunya selepas perlanggaran tersebut yang membantu membuang duri daripada pokok tersebut, membetulkan basikalnya dan memberikan bantuan kecemasan.
Tambahnya, beliau juga berasa sakit pada kaki kanannya semasa disiplin larian kesan daripada perlanggaran dengan pokok tersebut, selain lebam di tangan dan kebas perut dan agak sukar mengekalkan momentum lariannya.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source