Nani sasar satu lagi rekod kebangsaan
ATLET lontar peluru negara, Nani Sahirah Maryata berada dalam momentum terbaik untuk memburu kejayaan di Sukan SEA Thailand 2025 selepas mencipta rekod kebangsaan baharu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis kelmarin.
Atlet berusia 23 tersebut itu memperagakan prestasi cemerlang apabila berjaya melakukan lontaran sejauh 15.39 meter (m) sekali gus memadamkan rekod lamanya, 15.22m yang dicatat di Terbuka Perak pada April tahun lalu.
Nani mengakui catatan terbaik itu meningkatkan keyakinannya untuk memburu pingat emas buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA tahun depan yang akan diadakan di Chonburi, Bangkok dan Songkhla.
“Syukur Alhamdulillah, saya gembira dapat memecahkan rekod kebangsaan ini. Apapun saya akan terus berusaha untuk memecahkan rekod itu lagi pada aksi Grand Final Kejohanan Varsity Track & Field (VTF) nanti.
“Saya bersyukur kerana berjaya masuk dalam skuad Sukan SEA Thailand dan sasaran saya untuk mendapatkan pingat emas. Bagi merealisasikan impian tersebut, saya perlu bekerja lebih gigih menjalani latihan dan kejohanan-kejohanan seperti ini.
“Pertandingan seperti ini penting untuk menilai keberkesanan latihan yang kami jalankan sebelum ini,” katanya.
Pingat perak acara lontar peluru wanita dimenangi oleh Nurrul Ainin Syauqina Muhammad Nor Azahar menerusi catatan 13m, manakala gangsa dimiliki Norliyana Kamaruddin dengan jarak 11.20m.
Sementara itu, pelari berpengalaman, Jonathan Nyepa berjaya meraih emas dalam acara 100m dengan catatan 10.41s sekali gus membolehkannya layak ke Sukan SEA di bawah kategori A.
Jonathan menewaskan Mohamad Raimi Mustaffa Kamal yang meraih perak dengan masa 10.59s, diikuti pemenang gangsa, Mohamad Armin Zahryl Abdul dengan catatan 11.63s.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source