Tak sekufu, jika saling reda bukan satu dosa – Mufti
GEORGE TOWN – Pasangan suami isteri yang sekufu atau sepadan adalah rencah yang diperlukan bagi membentuk sebuah keharmonian dan keselesaan dalam rumah tangga.
Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, sekufu bagi pasangan yang tidak terikat pada perbezaan harta, pangkat pekerjaan dan pemikiran merupakan garis panduan bagi mendapatkan pasangan terbaik di sisi syarak.
Menurutnya, pasangan yang setaraf juga dapat mewujudkan keserasian dan persefahaman antara pasangan yang ingin berkahwin.
“Namun, jika kedua-dua pasangan tidak sekufu tetapi saling reda-meredai dan ingin meneruskan perkahwinan, maka ia bukanlah suatu kesalahan atau dosa.
“Hal ini kerana dalam Mazhab Syafie, sekufu bukannya syarat sah perkahwinan. Sekufu bermaksud sepadan atau setaraf. Dengan kata lain sekufu adalah kesepadanan calon pasangan suami dan isteri yang akan berkahwin.
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada tiga perkara yang jangan kau tunda perlaksanaannya iaitu solat apabila telah tiba waktunya, pengebumian jenazah apabila telah siap pengurusannya dan wanita apabila telah menemukan jodohnya yang sekufu atau sepadan (Hadis Riwayat Tirmidzi),” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Beritahu beliau lagi, dalam Kitab Al Fiqh Al-Manhaji dinyatakan bahawa sekufu melibatkan aspek agama dan kesolehan, pekerjaan dan sejahtera daripada sebarang kecacatan.
Jelas beliau, hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya serta tidak perlu dipertikaikan sekiranya mereka reda menggugurkannya.
“Sesuatu yang paling penting ialah sifat soleh yang wujud pada pasangan. Begitu juga perasaan cinta dan kasih sayang pada pasangan tersebut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source