Rita Rudaini Percaya Bawa Dua Anak Jadi Punca Rezeki Kemenangan ABPBH 36 – “Kontroversi Sedikit Sebanyak Membantu…”
Hampir 30 tahun berkecimpung di dalam dunia seni, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur atas kemenangannya sebagai Aktres Pembantu TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang berlangsung malam tadi.
Akui terkejut, Rita berkata dia tidak menyangka kemenangan itu kerana semua pesaingnya dalam pencalonan tersebut hebat-hebat belaka.
Sebenarnya bila saya tercalon Top 10 pun saya dah terkejut. Saya macam ‘masih ada orang suka ke?’. Tercalon Top 5 pula, lagilah saya pelik. Tapi saya cakap pada diri menang atau kalah itu semua adalah rezeki dan saya tetap gembira kerana masih relevan dan bakat dihargai.
Dalam pada itu, Rita juga berkata dia percaya kemenangannya pada malam tersebut adalah kerana rezekinya membawa dua anak lelakinya.
Selain itu, pelakon wanita tersebut juga berkata kontroversi yang melibatkan dirinya sejak kebelakangan ini juga menjadi punca dirinya menjadi sebutan dan membantu kemenangannya.
Saya rasa kemenangan saya adalah kerana rezeki saya bawa dua anak lelaki pada hari ini. Memang menggigil juga bila diumumkan sebagai pemenang.
Saya rasa segala kontroversi sedikit sebanyak membantu kepada kemenangan saya. Sebenarnya saya pelik juga setiap kali muat naik status IG je meletup, jadi tajuk media.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source