“Curang Itu Pilihan, Kalau Tak Yakin Nak Kahwin Jangan Kahwin”
Pelakon Kamal Adli menepis stigma negatif orang ramai terhadap pasangan selebriti yang berumah tangga tidak boleh kekal lama serta akan berakhir dengan perceraian.
Memetik Majoriti, Kamal turut menafikan sekerasnya tanggapan perkahwinan sesama artis sukar kekala lama kerana gosip liar dan gaya hidup yang dikatakan tiada batas dalam pergaulan.
BACA: Kamal Adli Bangga Cara Uqasha Urus Anak, Rajin Berjaga Malam & Susukan Uqaira
Menurut Kamal, tidak semua perkahwinan pasangan selebriti berakhir dengan perceraian dan ianya pilihan masing-masing untuk pertahankan rumah tangga mereka.
“Perkara ini terjadi sebab kami ni artis sahaja walhal banyak lagi kes-kes lain yang lebih teruk. Tak ada risiko sebenarnya bidang hiburan ni sebenarnya cuma kerja kami ni memang dalam industri hiburan jadi atas kita sebenarnya nak kawal diri sendiri lagi-lagi kalau isu curang.
“Curang itu kan satu pilihan, memang akan ada ramai pelakon muda yang lagi lawa, comel sebagainya tapi ia atas pilihan. Kalau tak yakin nak kahwin jadi jangan kahwin, tak kisah artis atau tak, semua sama saja,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal mengakui golongan wanita sememangnya memiliki sifat emosi yang agak sukar dikawal namun perlu diatasi supaya mengelak daripada pergaduhan.
“Saya akui wanita memang kadang-kadang terlampau emosi, Uqasha sendiri pun ada waktunya emosi sebab penat menjaga anak, kerja dan sebagainya tapi apa-apa pun kena bertenang dan berbincang secara baik.
“Betul orang kata jaga bayi ni lagi penat daripada bekerja, kadang-kadang saya pun terlepas juga kata saya pun kerja letih apa semua tapi kena berbincang la bersama. Kalau ikutkan emosi itu yang boleh bawa pada perpecahan dan perkara tak elok dalam rumah tangga,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source