“Tak Lama Dah…Aku Nak Pergi Tempat Paling Jauh, Maafkan Aku”
Perkongsian penyanyi Aweera mencetuskan kebimbangan ramai apabila memuat naik perkongsian di Instagram seolah sedang bersedih.
Menerusi perkongsian itu, Aweera memuat naik gambar hitam putih memaparkan dia sedang melihat ke arah langit berserta kapsyen yang menimbulkan tanda tanya.
BACA: Aweera Harap Kematian Sepupu Allahyarham Elly Terbela
“Tak lama dah, aku nak pergi tempat paling jauh, paling jauh. Maafkan aku,” tulisnya.
Sementara itu, hantara sama dibuat di Insta Story dengan berlatar belakangkan lagu Allahyarham Sudirman berjudul Salam Terakhir.
Diruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen rasa bimbang serta mendoakan agar Aweera tabah menjalani kehidupan. Malah, ada yang menasihati penyanyi itu untuk tenangkan hati dan mendekatkan diri dengan Allah.
Dalam pada itu, Aweera dilihat memuat naik perkongsian terbaru dimana penyanyi itu mengucapkan terima kasih buat penyokongnya yang tidak henti mendoakan dirinya.
Menurut Aweera, dia mengakui agak murung selepas pemergian tragis sepupunya bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar baru-baru ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source