“Better Keep Your Mouth Shut, Orang Buka Aib Kau Baru Tahu” – Lana Nodi Selar Tindakan Nur Fazura
Pelakon Lana Nodin dilihat tampil menyelar tindakan Nur Fazura yang dianggap membuka aib bekas suami kepada umum ketika sidang media usai perceraian mereka semalam.
Tulis Lana di satu hantaran akaun Instagram portal hiburan, dia menasihatkan Fazura untuk tidak membuka aib Fattah dan seharusnya bersikap lebih matang.
Jika kau cukup matang lebih baik kau tutup mulut daripada membuka aib bapa kepada anak kau sendiri.
Nanti bila budak tu dah besar dia tengok buat malu sahaja. Kata nak berpisah cara baik tapi kenapa nak buat penjelasan dan buka aib. Nanti bila orang buka aib kau baru tahu.
Tambahnya lagi, tindakan untuk membuka aib dan cerita kepada umum mungkin menunjukkan Fazura bukanlah mangsa dalam episod perceraian ini.
Sebelum ini, pelakon Salina Saibi turut dilihat meminta Fazura untuk dia daripada terus membuka aib bekas suami.
Terdahulu, Fazura dan Fattah telah bercerai talak satu semalam di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari setelah 7 tahun berkahwin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source