Adik Fattah Amin Kongsi Petikan Hukum Mengumpat
Perkongsian adik kepada Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan menjadi perhatian apabila memuat naik petikan nasihat apatah lagi hangat diperkatakan mengenai kemelut abangnya bersama bekas ister, Nur Fazura,
Menerusi perkongsiannya itu, petikan nasihat yang dikongsikan berkaitan hukum perbuatan ghibah apabila seseorang itu bercakap mengenai kehidupan individu lain.
BACA: “Tak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Gatal, Cerita Hal Wanita” – Pekin
Petikan itu turut menegaskan mengenai dosa ghibah dan perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad sepeti mengambil tahu mengenai urusan rumah tangga orang lain.
“Kita kan umat Nabi, jom buat apa Nabi suka dan tinggal apa Nabi larang okay. Nabi sayang umat yang tak amik tahu hal rumah tangga orang, tak amik tahu hal orang-orang yang tak ada kena mengena dengan dirinya. Sebab benda ni Nabi pesan dalam hadith 40, kita dengar cakap Nabi okay.
“Kita kan org Islam, yang sepatutnya orang Islam lain selamat daripada lidah dan tangan kita. Jangan lah bangga pandai kecam orang, Nabi sedih, Nabi tak suka.
“Nabi tak suka, yag suka syaitan, tak akan lah elok-elok jadi umat Nabi, nak tukar jadi umat makhluk terlaknat kan. Jom doakan baik-baik, banyak selawat, banyak istighfar,” kongsinya.
Semalam, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source