Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Penyarah TESL
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Menerusi coretan panjang di Instagram, Fazeera berkata dia tidak pernah terfikir untuk sambung belajar di peringkat ijazah memandangkan dia sudah mempunyai kerjaya pada ketika itu.
BACA: Isteri Fizo Omar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
“Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai, alpa, dengan gaji 5 angka, breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat. Mana tak lupa nya, nak shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 July 2020.
“Di tarikh keramat itu, Faz menerima surat pemberhentian kontrak kerana situasi covid 19 yang kian mencabar. Selama 6 bulan Faz stranded di Doha tanpa keluarga tercinta disisi. Balik je Malaysia, dua bulan kemurungan. Dan Faz tanya pada diri “sampai bila nak macam ni?”. Faz pun decided untuk opt for online learning sambil bekerja sebagai Customer Service Representative di Shopee (WFH).
“Alhamdulillah pejam celik, dah kahwin, mengandung dua kali, sambil perut besar tu lah duduk exam, belajar online, tiap minggu ada 3-4 classes, sekarang sedar dah berlalu,” katanya.
Dalam pada itu, Fazeera meluahkan rasa syukur segala ujian dan rintangan yang dilalui olehnya membuahkan hasil dan kini bergelar pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.
“Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan InshaaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Masters Degree.
“Kalau lah Faz tahu 4 tahun lepas yang semua apa yang Faz ada sekarang ni bakal terjadi, Faz akan syukur dan hadapinya dengan tenang,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source