“Insurans Tu Dah Lapsed 13 Tahun, Malangnya Manusia Yang Buka Akaun Tu Tak Nak Bagi Kerjasama Walaupun Tandatangan Tu Percuma” – Rita Rudaini
Terbaru, melalui Instagram pelakon jelita, Rita Rudaini, dia meluahkan rasa syukur selepas anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin selamat menjalani rawatan di hospital disebabkan kecederaan di bahagian tangan.
Kata Rita di dalam kapsyen hantaran yang dimuat naik, hampir seminggu dia ‘berkampung’ di hospital dan berterima kasih kepada orang terdekat yang banyak membantu dalam menghulurkan bantuan.
Rita memaklumkan, segala kos bermula dari patah tangan hingga ke pembedahan ditanggung sendiri oleh dirinya, susulan Rayyan tidak dapat menggunakan perlindungan insurans kerana polisi rupa-rupanya sudah tamat hampir 13 tahun lalu kerana ‘si pembayar’ berhenti bayar.
Luah aktres itu lagi, sebelum ini dia ada mengambil insurans untuk Rayyan tetapi lapsed semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lepas tu mommy decide nak buat baru tapi dengan syarat acc yang lapsed 13 tahun tu kena close dulu. Malangnya manusia yang bukak acc tu tak nak bagi kerjasama untuk sign close acc walaupon ‘tandatangan itu PERCUMA’ (walaupon ajen dah explain dan nasihat manusia terbabit).
Biarpun diperlakukan sedemikian, Rita percaya Allah Maha Kaya dan dia akan mengambil perlindungan insurans lain buat anaknya serta berusaha yang terbaik buat kedua-dua anak lelaki kesayangannya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source