Banjir: Lapan PPS dibuka di Kluang tempatkan 674 mangsa
KLUANG – Daerah Kluang menjadi daerah kedua di Johor dilanda bencana banjir susulan hujan lebat berlaku sejak malam semalam sehingga menyebabkan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Simpang Renggam di sini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, sehingga pukul 8 pagi seramai 674 mangsa daripada 199 keluarga sudah dipindahkan melibatkan 13 penempatan yang dilanda banjir.
Katanya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Onn Jaafar mencatat kenaikan mangsa paling ramai iaitu 193 mangsa daripada 57 keluarga yang tinggal di Taman Suria dan Taman Rekamas.
“Tempat-tempat lain adalah melibatkan Penduduk di Kampung Sri Tengah Renggam seramai 40 mangsa daripada 16 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sri Tengah Renggam.
“Turut terlibat adalah Kampung Kolam Air seramai 58 mangsa melibatkan 13 keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Kolam Air, manakala penduduk di Lorong Haji Amir Batu 7 seramai 37 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya lagi, PPS yang turut dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan Sri Kencana yang menempatkan 139 mangsa daripada 38 keluarga di Kampung Mohd Amin, Kampung Sungai Rambai, Kampung Batu 6 serta Kampung Parit Jepun.
Ujarnya, 32 keluarga melibatkan 113 mangsa daripada Kampung Sungai Linau pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau.
“Kampung Paya Palembang, Taman Tiara Pendant serta Kampung Paya Mas dalam pada itu mencatat 62 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan ke Dewan Terbuka Kampung Paya Palembang serta 11 keluarga melibatkan 32 mangsa di Kampung Parit Haji Hashim dipindahkan ke Balai Raya Parit Haji Hashim,”katanya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source