‘Tiada 1 mesej, panggilan atau DM daripada Aliff tanya pasal anak’
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon sensasi, Bella Astillah mendedahkan bekas suaminya, Aliff Aziz tidak pernah menghubungi anak-anak mereka sejak bercerai pada 13 Jun lalu.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah dengan situasi terbabit.
“Sebenarnya saya sudah tak mahu ulas pasal itu, tapi sejak kejadian lalu sehingga hari ini, tiada satu mesej atau panggilan atau Direct Message (DM) daripada dia.
“Tapi saya tiada masalah dengan perkara itu. Saya tidak pertikaikan, saya tidak marah dan saya rasa lebih baik begini.
“Tapi kita tak tahu tiga sehingga empat tahun lagi macam mana sebab saya rasa ini jalan yang terbaik. Sebab saya seorang yang berhati lembut, dan saya tidak bersedia untuk itu (berbaik),” katanya sewaktu ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharunya, Tapi Bukan Denganmu, di sini, hari ini.
Tambah Bella lagi, dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah bertanyakan tentang bapa mereka.
“Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya lagi takut kalau mereka fikir yang bukan-bukan tapi sekarang mereka fokus belajar dan setakat ini okey. Boleh nampak di media sosial saya.
“Saya nak membantu diri saya untuk ‘heal’ jadi saya tidak ‘stalk’ dan saya tidak tahu apa-apa perkembangan mengenai dia atau keluarga dia. Saya hanya mendoakan yang terbaik buat dia dan keluarga dia.
“Saya tidak cakap yang pihak sana tiada usaha tapi sebenarnya saya bersetuju dengan tindakannya sekarang. Saya tidak marah dan saya rasa adalah lebih baik kita menjalani kehidupan masing-masing,” ujarnya.
Katanya lagi, kehidupannya kini lebih tenang sejak bergelar ibu tunggal dan sibuk dengan kerjaya seni sebagai pelakon dan penyanyi.
Untuk rekod, Bella dan Aliff pernah berkahwin pada 9 September 2016 dan pernah bercerai pada Mei 2019. Tetapi kembali rujuk dalam tempoh edah.
Kemudian rumah tangga mereka sekali lagi dilanda badai pada awal tahun ini selepas Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.
Sehubungan itu, Bella telah memfailkan penceraian pada bulan Februari dan akhirnya mereka sah bercerai pada 13 Jun. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source