Selangor FC raih tiga mata pertama
PETALING JAYA: Selangor FC(SFC) berjaya melakar kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) selepas menewaskan Cebu FC 1-0 untuk aksi kedua Kumpulan H ACL 2, sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Red Giants memastikan tiga mata berharga menjadi milik Selangor menerusi gol tunggal pemain import tengah mereka, Yohandry Orozco.
Turun dengan misi penting, Selangor mula mengasak gawang pelawat sebaik sahaja wisel permulaan permainan ditiup dan menguasai keseluruhan permainan.
Usaha tuan rumah akhirnya berhasil pada minit ke-10 menerusi ledakan Orozco yang memanfaatkan hantaran penyerang import Selangor, Ronnie Fernandez.
Kemudiannya, beberapa peluang turut dicipta namun jentera serangan tuan rumah gagal menterjemahkan dengan bentuk jaringan walaupun menguasai keseluruhan permainan babak pertama.
Bersambung babak kedua, Selangor terus menunjukkan penguasaan permainan namun sekali lagi dihampakan dengan ketumpulan sentuhan penyudah.
Turut mencuri tumpuan dalam perlawanan itu dengan kemasukan Faisal Halim yang membuat penampilan buat kali pertama di pentas Asia.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor berada ditangga kedua Kumpulan H selepas mengumpul empat mata.
Sementara itu, satu lagi aksi kumpulan sama menyaksikan Jeonbuk Hyundai Motors membelasah Muangthong United 4-1 untuk menerajui kedudukan teratas dengan mengumpul enam mata.
Aksi seterusnya, Selangor di ACL2 adalah berdepan Jeonbuk di laman sendiri pada 23 Oktober nanti. -UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source