Jaringan tunggal Orozco selamatkan maruah Selangor FC
PETALING JAYA – Selangor FC mengekalkan rekod tanpa kalah di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) selepas membenam kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu FC 1-0 pada aksi kedua Kumpulan H di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Red Giants yang dilihat mempunyai ‘darjat permainan’ lebih tinggi berbanding pelawat dibayangi masalah penyudah dan sepatutnya mampu menamatkan perlawanan dengan lebih banyak gol.
Beraksi atas padang basah langsung tidak beri kesan besar buat Selangor FC yang hanya memerlukan 10 minit untuk membuka jaringan menerusi Yohandry Orozco.
Selepas itu, segalanya berpihak kepada Red Giants yang mendominasi permainan hingga memaksa pemain pelawat ‘berkampung’ di kawasan sendiri dan jumlah peluang tercipta sepatutnya sudah menghadirkan lebih banyak gol buat tuan rumah.
Selepas lebih sedozen peluang gagal disudahkan, pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil nyata mempunyai ‘modal’ untuk diluahkan kepada pemain memandangkan mereka hanya mampu melangkah ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol.
Mengambil kira skrip hampir sama terus berulang di babak kedua, Nidzam mengambil pendekatan untuk memberikan debut buat Faisal Halim di pentas ACL 2 dengan mengeluarkan Alvin Fortes.
Sebaik aksi memasuki minit ke-79, Nidzam turut memberikan penampilan pertama buat dua bintang baharunya, Nikola Jambor dan Mohammad Abualnadi bagi menggantikan Ali Olwan dan Quentin Cheng.
Bagaimanapun, 8,158 penonton yang hadir di stadium sekadar berpuas hati dengan satu gol namun tiga mata kali ini membolehkan Selangor FC menghuni tangga kedua Kumpulan H dengan empat mata berbanding Jeonbuk Hyundai Motor FC yang mengekalkan kemenangan bersih.
Dalam aksi berasingan di Stadium Piala Dunia Jeonju, Jeonbuk Hyundai Motor FC menang 4-1 ke atas Muangthong United.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source