9 termasuk isteri GISBH, cucu Abuya dilanjut reman
SHAH ALAM – Sembilan termasuk empat isteri ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) disambung reman lagi hari ini.
Daripada jumlah tersebut, dua lelaki termasuk cucu bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad dilanjut reman dua hari.
Sementara, tujuh wanita termasuk empat isteri ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) disambung reman selama sehari.
Salah seorang daripada isteri berkenaan adalah merupakan warga Australia.
Perintah lanjutan reman terhadap kesemua suspek berusia 18 hingga 55 tahun tersebut dikeluarkan Majistret M. Mageshwary
selepas permohonan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah reman tujuh hari dikenakan terhadap mereka tamat hari ini.
Kesemua suspek diwakili Peguam Boestamam Ahmad, Najib Zakaria dan Dorina Abdullah.
Menurut Boestamam, kesemua suspek sebelum ini ditahan di sekitar Rawang pada 27 September lalu.
“Siasatan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
“Tujuh wanita dijangka dibebaskan jaminan polis pada 4.30 petang hari ini manakala dua lagi lelaki adalah esok,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Terdahulu, kesemua suspek tersebut tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan dikawal ketat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Kosmo! hari ini melaporkan polis akan membuat permohonan sambung reman terhadap 24 ahli tertinggi GISBH termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu susulan tempoh reman mereka tamat hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, CEO terbabit bersama isteri dan anaknya sebelum ini telah ditahan mengikut siasatan dibawah ATIPSOM.
Setakat ini, seramai 93 individu masih direman di bawah Sekyen 117 Kanun Prosedur Jenayah manakala 34 orang lagi ditahan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source