Wanita Kongsi Suami Curang Dengan Staf Sendiri, Fazura Beri Kata Semangat
Baru-baru ini, pengguna laman X meluahkan isi hatinya mengenai suaminya didakwa telah berlaku curang dengan salah seorang pekerja baharu di syarikat mereka.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Menurut wanita itu, suaminya dikatakan berkelakuan agak pelik kerana memberikan layanan berbeza terhadap pekerja baru itu malah turut menjemput dan menghantar balik ke rumah.
BACA: Fazura Buka Akaun IG Baru Buat Fatima
Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong! https://t.co/ulzxwU1UOO
— Nur Fazura (@missfazura) October 3, 2024
Bagaimanapun, suaminya manafikan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa selain menyifatkan isterinya itu meluahkan rasa cemburu yang berlebihan.
Segalanya terjawab apabila suaminya meminta izin untuk berkahwin dengan pekerjanya itu ada insiden berlaku sehingga suaminya tidak jadi kahwin serta memohon maaf kepadanya.
Namun, wanita itu berkata hatinya terluka kerana dia yang bersusah senang membantu suaminya bangkit kembali selepas hampir muflis, malah sanggup membuat pinjaman untuk membantu.
Apa yang menjadi bualan, kisah wanita itu turut mendapat perhatian pelakon Nur Fazura yang memberi kata semangat untuk terus kuat demi menjalani kehidupan.
Seperti sudah dijangka, ciapan Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya ianya seolah memberikan bayangan terhadap sesuatu perkara.
Ianya susulan spekulasi netizen sebelum ini yang mendakwa rumah tangga Fazura bergolak kerana kehadiran orang ketiga.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source