[VIDEO] ‘Ni anak abah, meninggal pagi tadi’
PETALING JAYA – Seorang lelaki berasa berat hati tatkala mahu menyampaikan berita sedih kematian adiknya kepada bapa yang terbaring di katil.
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok rembormotosport, lelaki tersebut menunjukkan gambar kepada bapanya dan beberapa kali bertanya sama ada dia mengingati individu yang ditunjukkan.
“Ni abah kenal tak siapa? Usu ni, kenal? Ni abah kenal?
“Ni siapa ni? Ni anak abah ni, kenal tak? Ingat tak? Anak abah ni meninggal pagi tadi, sakit paru-paru ni,” kata lelaki itu kepada bapanya.
Warga emas itu pula kelihatan mengangguk-angguk memaklumkan dia mengenali individu di dalam gambar yang ditunjukkan menerusi telefon bimbit.
Berdasarkan kapsyen, rembormotosport memberitahu, tugas menyampaikan berita sedih tersebut merupakan perkara berat yang perlu dilakukannya.
“Tugas paling berat apabila terpaksa bagi tahu adik yang bernama Muhamad Nazri bin Ghazali. Reaksi abah terkejut dan sedih bila dapat tahu anak kandungnya meninggal,” katanya.
Dalam ruangan komen, ramai pengguna turut berkongsi reaksi sedih selain memaklumkan pernah melalui pengalaman sama seperti pengguna TikTok tersebut.
“Berat nak sampaikan benda ni. Kalau aku belum apa-apa orang dah tahu kot, tak mampu setenang ini. Apa pun salam takziah,” komen seorang individu.
“Kita pula yang sedih, salam takziah,” kata seorang pengguna TikTok.
“Mak mentua aku meninggal, bini aku sarat mengandung anak sulung. Abang ipar cakap, bagi tahu ‘pelan-pelan’ jangan mengejut. Masa tu aku di Trolak, dapat ‘call’ dari abang ipar. Mak aku cakan kan, menangis mak aku dan bini aku,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@rembormotorsport #fyp #fypシ゚ #fypp #alfatihah ♬ Musik Sedih – Nopa Sobarna
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source