Sultan Selangor titah pegangan GISBH menyeleweng
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, amalan, pegangan dan fahaman dalam syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. sebagai sesat
Pejabat Sultan Selangor dalam satu kenyataan berkata, baginda menegaskan pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya telah dan masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau Zikir Agung yang dibawa oleh kumpulan Darul Arqam yang telah diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam.
“Keputusan hasil mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 30 September lalu disembah maklum untuk diperkenankan baginda, oleh Pengerusinya Datuk Dr. Anhar Opir, di Istana Bukit Kayangan.
“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga berpuas hati dan meyakini pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya telah dan masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung yang dibawa oleh kumpulan Al – Arqam yang diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam sebenar menurut Warta No. 54 disiarkan pada 4 Februari 1993,” katanya, hari ini.
Tambah kenyataan itu, fahaman, ajaran, pegangan atau amalan GISBH dan rangkaiannya mempunyai ciri-ciri yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah daripada aspek akidah dan syariat.
“Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana fahaman, ajaran, pegangan atau amalan baru yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen-elemen fahaman, ajaran, pegangan atau amalan itu adalah disifatkan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah,” jelasnya.
Katanya lagi, butiran lanjut mengenai fatwa terkini ini akan dihuraikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad memaklumkan pihaknya menahan 108 orang pengikut GISBH yang dipercayai mengamalkan Aurad Muhammadiyah.
Malah, pihaknya juga sedang berusaha mengesan salasilah 425 kanak-kanak yang diselamatkan selepas pengikut gerakan tersebut dipercayai melakukan perkahwinan bercelaru dan tidak mendaftar dengan Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source