“Tuhan Je Tahu Berapa Banyak Sayang Aku Dekat Dia..” – Menangis Cerita Tentang Isteri, Netizen Label Izzue Islam Lelaki ‘Green Flag
Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam, baru-baru ini, memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat menggambarkan perasaan sayang terhadap isteri tercinta, Nurnafilah Waharudin dan luahan itu telah membuat ramai ‘cair’.
Sebak cerita tentang isteri
Melalui satu hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, Izzue tidak dapat menahan sebak apabila mengenang sekiranya dia dijemput ilahi sebelum isterinya.
Kata aktro itu, Nurnafilah atau lebih dikenali sebagai Awin mempunyai karakter yang sangat istimewa dan hanya dia yang tahu cara untuk melayani isteri tercinta jika hendak dibandingkan dengan orang lain.
Tuhan je tahu berapa banyak sayang aku kat dia. Dan seandainya aku pergi dulu tak tahu la sebab benda ni Allah yang susun kan.
Lelaki ‘green flag’
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen terutamanya dari golongan wanita tersentuh dengan kata-kata Izzue, malah menyifatkan Izzue sebagai lelaki ‘green flag’.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang menganggap Awin merupakan wanita bertuah kerana mempunyai suami seperti Izzue serta mendoakan perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source