“Satu Hari Yang Cukup Kejam..” – Donald Trump Cadang Kaedah Filem The Purge Bagi Kurangkan Kes Jenayah Di AS
Baru-baru ini, bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump dikecam di platform media sosial susulan memberi cadangan mengikut kaedah filem The Purge bagi menurunkan masalah jenayah di negara tersebut.
Cadangan tersebut dibuat sewaktu di perhimpunan di Pennsylvania, di mana Trump memberi satu kaedah untuk mengurangkan aktiviti jenayah dengan membenarkan pihak polis menangani isu itu dalam ‘satu jam yang sukar’.
Satu jam yang sukar dan saya maksudkan benar-benar sukar, berita akan tersebar dan ia akan berakhir serta-merta.
Trump on theft: If you had one really violent day.. .. … One rough hour. And I mean real rough. The word will get out and it will end immediately. pic.twitter.com/DkOdULcV32
— Acyn (@Acyn) September 29, 2024
Bahkan, dia sendiri berkata bahawa dirinya sedia untuk menggunakan ketenteraan terhadap orang awam dan kini sedang pertibangkan ‘satu hari yang cukup kejam’ sebagai teladan buat pencuri dan seumpama dengannya.
Susulan itu, pengguna media sosial menjelaskan kenyataan tersebut dengan ringkas, di mana Trump membebaskan rakyat melakukan hal ‘buruk’ tanpa dikenakan sebarang hukuman seperti di filem The Purge.
Sekadar info, filem The Purge menceritakan kisah di mana kerajaan membenarkan rakyat melakukan sebarang jenayah serta menggunakan segala senjata dalam tempoh 12 jam tanpa ada sebarang hukuman dikenakan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source