Peniaga mi wantan didakwa tipu pelaburan RM66,000 produk minuman kurus
KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mi wantan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan rakannya berhubung pelaburan produk minuman kurus berjumlah RM66,000, dua tahun lepas.
Bagaimanapun tertuduh Leong Lai Peng ,44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret
Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Mengikut pertuduhan, Lai Peng didakwa dengan niat curang memperdayakan pekerja kedai makan berusia 38 tahun dengan menawarkan pelaburan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang RM66,000 kepada tertuduh yang mana mangsa tidak akan berbuat sedemikian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Kepong Baru di sini antara 2 Julai 2022 dan 9 Jun 2023 yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam V.Annamalai yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan ini merupakan kesalahan kali pertama anak guamnya.
“Tertuduh bekerja sebagai peniaga mee wantan di medan selera yang turut dibantu oleh suaminya. Oleh itu, pihak kami memohon jaminan rendah kerana jaminan RM20,000 adalah terlalu tinggi,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Illi Marisqa membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin
Tarikh dan menetapkan 6 November ini ditetapkan sebutan kes bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source