Wang tunai tidak bantu orang ramai keluar dari kelompok kemiskinan – Rafizi
PUTRAJAYA – Bantuan wang tunai yang disalurkan oleh kerajaan kepada masyarakat tidak dapat membantu orang ramai keluar daripada kelompok kemiskinan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, menerusi dapatan kerajaan sejumlah ratusan juta ringgit telah disalurkan kepada golongan memerlukan, namun selepas tiga hingga empat tahun mereka masih ditahap yang sama.
Menurutnya, daripada beberapa program dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini iaitu pemberian wang tunai atau kelengkapan untuk golongan miskin melaksanakan perniagaan adalah tidak berdaya.
“Bukan kerana tunai itu tidak cukup, bukan kerana peralatan yang diberikan itu tidak baik, tetapi untuk mereka menghasilkan satu bentuk perniagaan yang berdaya.
“Ia memerlukan lebih banyak ilmu, latihan dan pengalaman yang selalunya pada peringkat mereka jika mereka terpaksa berhadapan dengan risiko perniagaan secara bersendirian,” katanya ketika berucap pada ketika berucap pada Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, berhubung negara menua Rafizi berkata, proses berkenaan akan membawa satu dimensi merumitkan usaha kerajaan membasmi kemiskinan.
Beliau berkata, ia ekoran proses negara menua dalam keadaan pencapaian ekonomi negara ketika ini adalah tidak setara.
Jelasnya, beberapa negara maju telah melalui perkara berkenaan seperti Jepun dan negara-negara Eropah, namun negara akan melaluinya tidak lama lagi.
“Kita perlu terima hakikat negara dan masyarakat sedang melalui proses negara menua,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source