“Apa Hebatnya Saya Sampai Tak Keluar Dari Dalam Kepala Otak Dia”
Pengacara Elly Mazlein meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang individu yang memprovokasinya namun tidak disebut nama individu berkenaan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Menerusi perkongsian di Insta Story, Elly berkata dia tertanya-tanya apa niat individu tersebut memprovokasinya dan tidak habis-habis sibuk mengenai dirinya.
BACA: Kongsi Video Jihan Muse & Haziq, Elly Mazlein Perli Pengacara Suka ‘Membahan’
Menurut Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata jika kita terlalu baik sangat pasti ada yang akan mengambil kesempatan dan akan ‘dipijak’.
“Kadang-kadang, kita ini kalau baik sangat orang pijak-pijak sampai lumat kita punya kepala lutut. Tapi, sekarang, saya rasa tak nak begitu. Sebab apa, saya sebenarnya tak suka sangat ambil tahu hal orang.
“Tapi, itulah. ‘Sehelai’ dua ini tak habis-habis sibuk pasal saya. Saya tertanya-tanya juga, apa hebatnya saya sampai saya tak keluar dari dalam kepala otak dia.
“Itulah susahnya menjadi nombor ‘syatu’. Tak apa. Walau bagaimanapun saya akan kekal menjadi nombor ‘syatu’ walaupun pelbagai usik mengusik di luar sana.
“Tapi, itulah sayang. Seelok-eloknya kita ini, lebih lagi kaum wanita, muslimah pula, kenalah jaga diri dan mulut. Jangan buat orang dan memprovokasi orang,” katanya.
Dalam pada itu, Elly berkata rezeki seseorang itu sudah ditetapkan oleh Allah dan tidak perlu nak ada perasaan hasad dengki dengan rezeki orang lain. Katanya lagi, sebagai orang Islam sentiasa bersangka baik dengan Allah.
“Saya tak adalah pandai sangat, tapi ada juga belajar, kan. Dengarlah juga dwalaupun tidak bertutup litup, pergi dan dengar jugalah kelas agama di mana rezeki ini tak payah nak kalut. Sebab Allah sudah tentukan rezeki semua orang, cuma cepat atau lambat sahaja.
“Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Kita orang Islam. Malulah pasal rezeki pun nak huru-hara, nak berdengki sana-sini, rancang sana-sini nak menjatuhkan orang. Janganlah begitu.
“Carilah rezeki sama-sama. Bidang kita ini bukan besar sangat pun. Kecil sahaja. Yang paling penting adalah kita ini sesama Islam,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source