Segera taubat jika wang bantuan beli telefon, tonton maksiat – Mufti
GEORGE TOWN – Umat Islam yang menggunakan wang bantuan untuk tujuan salah seperti melakukan maksiat perlulah segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, ini berdasarkan persoalan yang diajukan menerusi Portal Soal Jawab ekemusykilan mengenai wang bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah telah digunakan untuk membeli telefon dan melihat perkara maksiat.
Menurutnya, itu merupakan wang amanah yang telah diamanahkan oleh pihak tertentu untuk diberi kepada penerima yang layak.
“Oleh yang demikian, wang bantuan yang diberikan tersebut perlulah digunakan sebaiknya dan tidak digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah dan haram di sisi agama seperti membeli rokok, vape atau digunakan untuk berjudi dan sebagainya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Jelasnya lagi, tidak menjadi masalah sekiranya wang bantuan tersebut digunakan untuk membeli telefon bimbit jika ia merupakan satu keperluan.
“Namun, perbuatan yang dilakukan seperti melihat perkara yang haram dan maksiat perlulah si pelaku bertaubat daripada perbuatan tersebut serta tidak mengulanginya lagi kerana dikhuatiri keberkatan akan hilang dan mendapat kesan buruk yang tertentu.
“Berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran Surah Ali-Imran ayat 34: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka.
“Sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya,” ujarnya.
Tambah beliau, si pelaku bagaimanapun tidak perlu menggantikan wang tersebut disebabkan kesempitan wang yang dihadapi tetapi perlu menyesal atas perbuatan melihat maksiat seperti yang dinyatakan. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source