2 mati ditembak, polis sahkan suspek ada rekod jenayah
NIBONG TEBAL : Polis mengesahkan dua lelaki yang ditembak mati ketika cuba memecah masuk sebuah kilang di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal di sini awal pagi tadi adalah penjenayah dikehendaki dan mempunyai rekod kesalahan lampau.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kedua-dua suspek yang juga warga Vietnam berusia 38 dan 39 tahun itu aktif dalam kegiatan pecah pejabat sejak tahun 2017.
Terdahulu, katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, sepasukan anggota polis daripada Bahagian D4, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.
“Ketika kejadian, kedua-dua suspek dipercayai baru sahaja keluar dari premis terbabit (kilang) dan polis kemudiannya mengarahkan mereka berhenti untuk diperiksa.
“Bagaimanapun, suspek-suspek itu yang bersenjatakan parang itu bertindak menyerang pasukan dan anggota polis yang bertugas terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri.
“Kedua-duanya mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan telah menjumpai dua bilah parang serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah dan premis manakala kereta terbabit turut disita untuk siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) di Jawi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu, kedua-dua penjenayah itu menyasarkan premis kilang dan pejabat yang berpotensi memiliki aset besar dan peti kebal untuk menjana pendapatan lumayan.
“Kedua-dua suspek terbabit turut mempunyai dokumen sah iaitu pas pelancong untuk masuk ke negara ini selain masing-masing turut memiliki dua dan enam rekod jenayah lampau.
“Pada masa ini, kita juga sedang mengesan sama ada wujudnya dalang atau orang dalam premis atau sebaliknya.
“Apapun, dengan tertumpasnya dua suspek ini, polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah premis di negeri ini dan lima kes di Kedah membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM317,700,” katanya.
Dalam pada itu, mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source