Reman tujuh ahli GISBH disambung
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tujuh lagi tangkapan membabitkan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) disambung reman lima hari selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, lanjutan reman itu bersabit Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
Katanya, kesemua tangkapan ini dibenarkan sambung reman selama lima hari bermula esok hingga 1 Oktober ini.
“Berhubung dakwaan bahawa pekerja GISBH tidak dibayar gaji, PDRM sudah menerima 10 laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk meneliti pendakwaan yang boleh dilaksanakan.
“Dalam perkembangan lain, seorang tangkapan sudah dituduh membabitkan tiga kertas siasatan dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, pertuduhan ini meliputi kertas siasatan kes video tular berkaitan penderaan terhadap kanak-kanak di mana pertuduhan dijalankan di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.
“PDRM juga menyeru kepada ahli atau pengikut GISBH untuk tampil membuat laporan ke balai polis yang berhampiran bagi membantu polis menjalankan siasatan secara komprehensif terhadap organisasi ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source