Buat ‘live’ dalam TikTok untuk dekati peminat – Liza Hanim
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Liza Hanim, menganggap langkah membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok sebagai cara untuk mendekati peminat.
Menurut Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abd Halim, 45, walaupun sibuk dengan urusan keluarga, dia tetap cuba mengadakan sesi siaran langsung bersama peminat di platform berkenaan.
“Sesi live saya meriah dengan suara anak-anak. Apabila buat sesi live begini, peminat jadi lebih dekat dengan kita.
“Saya dapat tunjuk sisi diri saya yang lain selain daripada sisi atas pentas sebab nampak aktiviti di rumah dengan anak-anak.
“Semua orang sudah ada TikTok. Kalau kita tak teroka, kita rugi. Tapi saya akui sedikit bergelut nak keluarkan konten dekat TikTok kerana selera mereka (penonton) sedikit berlainan,” katanya.
Liza ditemui ketika membuat persembahan sempena Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024/2025 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baru-baru ini.
Selain itu, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu turut menjelaskan dia tidak menggunakan aplikasi TikTok sebagai cara mudah untuk mencari wang menerusi pemberian hadiah daripada peminat.
“Saya tak terfikir ke arah itu. Kadang-kadang saya rasa segan bila orang bagi hadiah, sampaikan saya tolak dan berterima kasih kepada pemberi.
“Tetapi orang nak bagi juga sebagai penghargaan. Terus terang, saya tak pernah tengok apa (hadiah) yang ada. Saya pun tak tahu nak tengok di mana.
“Apapun saya sangat menghargai mereka. Cuma kadangkala saya segan. Tapi sekarang ia sudah jadi trend dan kita ikutlah. Nanti kita masuk live orang kita kongsilah semula hadiah itu,” ujarnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source