Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita
Perkongsian bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha menjadi perhatian apabila memuat naik mesej dihantar seorang netizen kepadanya.
Menerusi entri berkenaan, individu itu menghantar mesej mengaitkan ibunya dengan anak hasil perkahwinan abangnya, Aidil Zafuan bersama bekas isterinya, Rita Rudaini.
BACA: Zaquan Adha Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini
Dalam komen tersebut, individu itu bertanyakan sama ada Zaquan ingin membawa ibu untuk berjumpa anak-anak abangnya bersama Rita.
Dakwa individu itu lagi, tindakan ibu Zaquan yang enggan berjumpa dengan cucunya membuatkan kakak iparnya banyak memendam rasa.
Tidak hanya berdiam diri, Zaquan membidas mesej berkenaan serta meminta agar individu itu untuk menghormati hal peribadi orang lain serta tidak masuk campur.
“Boleh tak kau tolong hormat hal peribadi orang? Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur.Jaga rumah tangga kau ja sudah.
“Kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang.Kalau tak tahu cerita tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda bukan-bukan pasal kau,” tulisnya.
Rita pernah berkahwin dengan Aidil pada 2008 bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source