Ramkarpal tidak duga terima undi tertinggi
BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu, Ramkarpal Singh berkata, beliau terkejut dengan sokongan yang diterima pada sesi pemilihan Jawatankuasa DAP negeri, kelmarin.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, sokongan daripada perwakilan parti mengundinya itu amat dihargai.
“Saya amat bersyukur dan terharu kerana telah menerima (sebanyak) 1,247 undi (iaitu) jumlah undi tertinggi, dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri (DAP).
“Kepercayaan dan keyakinan anda (ahli DAP yang mengundi) terhadap saya adalah sesuatu yang amat bermakna dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata,” kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu.
Kata beliau, mandat yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan beliau bersama ahli jawatankuasa DAP negeri yang lain termasuk Pengerusi baharu, Steven Sim Chee Keong komited untuk bekerja bersama demi kebaikan parti.
Ramkarpal sebelum itu meraih undian tertinggi pada sesi pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang apabila menerima 1,247 undi diikuti oleh Steven Sim dengan 1,237 undi.
Steven bagaimanapun dipilih sebagai Pengerusi DAP negeri yang baharu selepas satu mesyuarat diadakan oleh kesemua 15 ahli jawatankuasa yang terpilih sebelum ini manakala Ramkarpal pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.
Dalam pada itu, ada pihak yang berpandangan, pemilihan Ramkarpal sebagai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh mendiang bapanya, Tan Sri Karpal Singh dalam parti itu.
Untuk rekod, jawatan Timbalan Pengerusi DAP negeri sebelum ini disandang oleh seorang lagi anak mendiang iaitu abang kepada Ramkarpal, Jagdeep Singh Deo yang kini merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source