Kera terkam ketika mahu ambil buah nangka
BALING – Seorang suri rumah cedera pada tangan dan belakang badan akibat diserang seekor kera ketika dia mahu mengambil buah nangka di belakang rumahnya di Kampung Selarong, Malau, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Che Mazni Manja, 56, terpaksa bergelut dengan haiwan liar tersebut untuk melepaskan diri.
Menurut adik mangsa, Maria, 48, kejadian berlaku ketika kakaknya mahu mengambil buah nangka yang hampir masak itu dari pokok yang tumbang.
“Jarak rumah ke pokok nangka hanya 100 meter dan kakak beritahu dia nampak kera tersebut di satu kawasan pada jarak kira-kira 10 meter dari pokok.
“Kakak yang tidak menyangka kera akan menyerangnya terus menghampiri pokok tumbang berkenaan sebelum haiwan itu menerkam dan menggigit kedua-dua tangannya,” katanya di sini hari ini.
Katanya, kakaknya terus berlari masuk ke dalam rumah dan memaklumkan kejadian kepada ahli keluarga sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Malau untuk rawatan.
“Seterusnya kita turut ke Pejabat Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Daerah Baling dan Balai Polis Baling untuk membuat laporan berkaitan serangan kera ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source