[VIDEO] Tun Mahathir ‘selamba’ tekan 150 kilometer sejam di litar Sepang
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih mampu untuk memandu laju meskipun sudah berusia 99 tahun.
Menerusi perkongsian video di Facebook miliknya, memaparkan bekas pimimpin negara itu memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q5 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Di awal video berdurasi lebih tiga minit itu, Dr. Mahathir pada mulanya dilihat duduk di bahagian penumpang hadapan sambil dibawa mengelilingi litar dengan dipandu oleh Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya.
Selain dibawa meninjau litar dan fasiliti SIC, Dr. Mahathir kemudian dilihat memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan mencecah lebih 150 kilometer sejam.
Dalam sesi tersebut, Dr. Mahathir turut berkongsi mengenai sejarah pembinaan SIC yang dilaksanakan pada 1998.
Menurutnya, Malaysia yang tidak mempunyai banyak tarikan pelancongan ketika itu boleh memanfaatkan perlumbaan seperti Formula One untuk menarik pelancong dari negara lain.
“Selain itu, kita juga perlu hiburkan orang ramai dan mereka ingin lihat sesuatu yang baharu,” katanya ketika ditanya oleh Mohamed Azman.
Untuk rekod, Malaysia merupakan negara kedua di Asia yang menganjurkan perlumbaan Formula One selepas Jepun. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source