Penipuan tempahan makanan di Seremban, libatkan kerugian lebih RMM90,000
SEREMBAN: Tiga kes membabitkan penipuan tempahan makanan dilaporkan di daerah ini sepanjang bulan lalu membabitkan kerugian berjumlah RM90,750.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, modus operandi sindiket penipuan adalah dengan membuat tempahan makanan dalam kuantiti yang besar secara dalam talian dengan menyasarkan agensi dan jabatan kerajaan.
Beliau berkata, angsa yang merupakan pemilik perniagaan katering di sekitar kawasan Seremban yang diperdaya untuk memindahkan wang kepada sindiket bagi tujuan pembelian makanan serta cenderahati.
“Mangsa berurusan melalui panggilan telefon setelah dihubungi oleh individu yang tidak di kenali untuk membuat tempahan makanan dan cenderahati dengan jumlah yang besar.
“Bagaimanapun, setelah persiapan di buat semakan dengan agensi terlibat didapati tempahan tersebut tidak wujud,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Mohamad Hatta lagi, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Bulan lalu, Utusan Malaysia melaporkan, beberapa kes penipuan mengeluarkan tender membekal makanan dan minuman serta bahan mentah telah dilaporkan di negeri ini.
Ia melibatkan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai wakil dari beberapa buah jabatan kerajaan termasuk untuk tujuan tempahan makanan palsu daripada beberapa buah pengusaha makanan.
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Hisyam Yacob ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pihaknya mendapati kes penipuan menggunakan kepala surat palsu dan jawatan palsu berkenaan berlaku di daerah Tampin
Kata beliau lagi, individu berkenaan dikesan menyamar sebagai wakil dari Jabatan Pertanian dan Keterjaminan Makan yang mengeluarkan tender makan untuk satu program dan dalam perbualan tersebut pihak tersebut turut meminta sumbangan dari pihak restoran untuk cenderamata.-UTUSAN.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source