GPMS tetap mahu adakan pemilihan tahun depan
PUTRAJAYA: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tetap mahu mengadakan pemilihan ahli majlis tertingginya tahun hadapan.
Presidennya, Muhd Fazreen Ismadi berkata, hasrat itu telah pun dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) menerusi surat yang dihantar minggu lalu.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas serta jawapan daripada ROY berhubung permohonan itu.
“Kami juga ingin menafikan dakwaan yang dibuat segelintir pihak bahawa kami cuba melengahkan pemilihan parti.
“Perbincangan bersama ROY baru-baru ini telah dijelaskan bahawa pemilihan ahli majlis tertinggi perlu dibuat tiga tahun sekali,” katanya ketika ditemui di lobi ROY petang semalam.
Katanya, sekiranya permohonan itu ditolak ROY maka, pihaknya bersedia mengadakan pemilihan tahun ini seperti yang disarankan pendaftar pertubuhan itu.
Muhd Fazreen menjelaskan, segala desas desus dan polemik yang ditimbulkan segelintir pihak berkenaan isu pemilihan itu tidak menggambarkan situasi sebenar dalam kepimpinan GPMS sedia ada.
“Saya boleh sahkan kepimpinan sedia ada telah mengikut perjalanan dan perlembagaan GPMS itu sendiri,” katanya.
Katanya, beliau memberi jaminan organisasi itu tidak melanggar undang- undang dan dikenakan tindakan kerana ia hanyalah desas-desus daripada pihak luar.
Sebelum ini media melaporkan, bekas mantan Presiden GPMS ke 22, Jais Abd Karim menyarankan agar GPMS mengadakan pemilihan ahli majlis tertinggi seperti disarankan ROY.
Kali terakhir GPMS mengadakan pemilihan adalah pada 23 Julai 2022 dan jawatankuasa tertinggi yang ada sekarang masih ada setahun lagi sehingga 22 Julai 2025.
Ditanya sama ada kehadirannya ke pejabat ROY semalam bagi membincangkan isu pemilihan itu, Muhd Fazreen berkata, ia tiada kaitan dengan isu sebaliknya berkenaan pemecatan Naib Presiden 3 GPMS, Mohd Firdaus Md Radzali baru-baru ini.
“Tidak dibincangkan hari ini (semalam). Ia berkaitan isu lain iaitu pemecatan naib presiden,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhd Fazreen berkata, pemecatan itu dibuat susulan tindakan individu itu yang dilihat mencemarkan nama baik GPMS. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source