Geng sado sudah balik, ramai ucap terima kasih
PETALING JAYA – Orang ramai mengucapkan terima kasih kepada penternak yang membawa haiwan ternakan khususnya lembu dan kerbau ‘sado’ sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024.
Rata-rata meluahkan penghargaan tersebut susulan perkongsian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPN) di Facebook, hari ini.
“Terima kasih MAHA 2024. Seronok sangat dapat tengok macam-macam jenis baka lembu,” kata Riz.
“Dua kali saya datang MAHA tahun ini. Anak-anak seronok betul. Terima kasih,” ujar Aimi Aziz.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tahun ini paling best rasanya. Semoga ada rezeki untuk datang lagi selepas ini,” jelas Wawa.
Sementara itu, JPN berkata, ia bukanlah suatu tugas yang mudah dan memerlukan usaha dan tenaga yang banyak untuk mengangkut kesemua haiwan ternakan itu.
“Tapi demi pengunjung, mereka sanggup datang dari jauh untuk anda.
“Terima kasih semua kepada abang-abang dan kakak-kakak penternak yang sudi memeriahkan pameran ruminan tahun ini,” katanya.
MAHA 2024 yang berlangsung bermula 11 September lalu melabuhkan tirainya semalam dengan merekodkan 5 juta pengunjung secara keseluruhan. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source