Polis siasat video tular turun jalur gemilang, pemisahan Sabah Sarawak dari Malaysia
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan terhadap penularan satu video bendera Jalur gemilang diturunkan dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap penularan video mengenai sabotaj Jalur Gemilang.
Katanya, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September lalu.
“Kita mendapati sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbolik menamatkan penjajahan Malaysia terhadap dua negeri berkenaan dan menjadikannya sebagai republik.
“Setakat ini, polis menerima sebanyak 35 laporan polis mengenai penularan video berkenaan melibatkan 34 laporan polis dibuat di Sabah dan satu di Kuala Lumpur,” katanya sidang akhbar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Razarudin, siasatan lanjut polis dalam isu itu mendapati video berkenaan ditularkan oleh seorang pemilik akaun media sosial iaitu warga tempatan beralamat di Sabah.
Katanya, semakan lanjut polis mendapati individu itu memiliki dua rekod jenayah lampau kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Pada masa sama, kita sedang menyiasat hubungan antara suspek dengan individu yang dirakam melakukan perbuatan berkenaan (menurunkan bendera),” katanya.
Sebelum ini, tular video dilaman sosial berdurasi lapan minit 13 saat yang memaparkan sekumpulan individu bertindak menurunkan bendera Malaysia dan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di hadapan bangunan Parlimen Victoria di Melbourne, Australia. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source