Malaysia ulang pendirian beri sokongan berterusan – Mohamad
PETALING JAYA – Malaysia mengulangi pendirian untuk memberikan sokongan berterusan terhadap perjuangan rakyat dan negara Palestin.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Palestin, Mohammed Mustafa, di New York, semalam.
“Malaysia dan Palestin bersetuju untuk menyelaras usaha melaksana Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Ia telah diterima pakai semasa Sesi Tergempar Khas Ke-10 pada 17 September lalu yang menggariskan tindakan konkrit untuk melaksanakan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Palestin bertarikh 19 Julai 2024,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, Malaysia mengalu-alukan keputusan PBB untuk melaksanakan keputusan ICJ bagi menamatkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin.
Menerusi kenyataannya, Kementerian Luar berkata, Malaysia bersama 123 Negara Anggota PBB mengundi menyokong Resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA).
Ia berdasarkan tajuk ‘Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin (OPT), termasuk Baitulmaqdis Timur serta ketidakabsahan kehadiran berterusan Israel di OPT’.
Kementerian itu menjelaskan, resolusi yang diterima pakai pada Sesi Tergempar Khas ke-10, UNGA pada 17 September itu bertujuan untuk melaksanakan keputusan ICJ bertarikh 19 Julai 2024. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source