Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia kekal tanpa kalah
KUALA LUMPUR – Skuad bawah 19 (B-19) negara meneruskan aksi baik pada perlawanan kedua Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-20 2025 apabila mengikat Korea Utara tanpa jaringan di Stadium Republican Central, sebentar tadi.
Walaupun tidak mampu merealisasikan misi tiga mata, keberanian ‘ubi muda’ negara pada kempen kali ini menghidupkan harapan untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di China, tahun depan.
Terdahulu, Korea Utara jelas memanfaatkan kelebihan fizikal apabila dilihat mendominasi permainan di babak pertama sekaligus memaksa pemain negara lebih tertumpu kepada tugasan bertahan.
Pemain negara tetap cuba melakukan gerakan menerusi serangan balas namun sering dilihat berdepan kesukaran kerana Korea Utara ambil pendekatan tekanan lebih awal bermula di kawasan Malaysia.
Walaupun Korea Utara terus memberikan tekanan, disiplin pemain negara ketika melakukan tugasan bertahan wajar dipuji sekaligus mengekalkan kedudukan 0-0 dalam tempoh satu jam permainan.
Minit ke-67, sepakan percuma Mohammad Haykal Danish hampir membuahkan hasil namun lencongan dilakukannya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Hong Kil Ryong.
Seterusnya, bintang muda negara dilihat makin berani untuk melakukan gerakan lebih berkualiti namun tiada jaringan mampu dihasilkan.
Anak buah Juan Torres Garrido bakal berdepan ujian lebih mencabar apabila dijadualkan menentang tuan rumah, Tajikistan, Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source