Anak Terkena Jangkitan Kuman Di Paru-Paru, Lelaki ‘Menyesal’ Bawa Bayi Pergi Acara RXZ Member
Baru-baru ini, di laman TikTok, tular luahan seorang individu lelaki yang menceritakan dirinya tidak akan membawa anak kecil lagi ke acara RXZ Member selepas berlakunya insiden melibatkan kesihatan anak hingga perlu mendapatkan rawatan di wad.
Anak terkena jangkitan kuman di paru-paru
Daripada kisah yang diceritakan, kejadian tersebut berlaku selepas dia membawa isteri dan anak kecilnya ke acara RXZ Member 4.0.
Pada mulanya tiada apa-apa yang berlaku tetapi selepas itu anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas disyaki alami jangkitan kuman di paru-paru.
Ia berlaku susulan daripada terhidu asap 2T yang dihasilkan menerus ekzos jentera RXZ pada acara yang dihadiri.
Terlalu pandang remeh kesihatan anak
Disebabkan alami jangkita kuman, anak kecil itu terpaksa ditahan di dalam wad selama 7 hari bagi mendapatkan rawatan lanjut dan nasib menyebelahi lelaki tersebut kerana anaknya tidak alami masalah yang serius.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana masih ada ibu bapa yang mengambil ringan perihal kesihatan bayi yang terdedah dengan cuaca panas serta asap toksik berbahaya ketika acara itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source