[VIDEO] IShowSpeed bayar RM361 burger tepi jalan di Bangsar
PETALING JAYA – Kehadiran pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed bukan sahaja menjadi fenomena di negara ini, malah turut membuka rezeki kepada peniaga.
Menerusi perkongsian di media sosial, IShowSpeed telah membayar lebih RM350 untuk sebiji burger ‘special’ di sebuah gerai di Bangsar, Kuala Lumpur sebelum ini.
Menurut peniaga tersebut, selebriti berkenaan telah membayar burger yang disediakannya itu dengan mata wang Kemboja.
“Dia bagi (bayar) itu hari bukan dalam USD, tetapi mata wang Kemboja. Semuanya ada tujuh keping dan setiap keping 50,000.
“Anda kiralah sendiri berapa semua ini (mata wang) ini ya. Tetapi di sini (Malaysia) harga burger ini masih sama,”kata peniaga tersebut ketika ditemu bual seorang individu.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa harga burger yang disediakan peniaga tersebut berharga lebih RM350.
“Total Rm361.62 untuk 1 biji burger,”kata @Sis Huzay.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @cik_kodok
“Dia dah cakap ada tujuh keping, satu keping KHR50,000, KHR50,000 convert (tukar) ke MYR bersamaan dengan RM51.71/sekeping. Darablah dengan tujuh keping tadi, rezeki abang tu,”katanya.
Terdahulu, IShowSpeed yang berada di negara ini bagi siri jelajahnya tidak ketinggalan mencuba beberapa makanan jalanan (street food) dan salah satunya ialah burger daripada pengeluar makanan proses terkenal di Malaysia.
Menerusi video tular di media sosial, selebriti terkenal dari Amerika Syarikat itu mencuba burger tersebut yang disediakan seorang penjual, seterusnya dia memberikan ‘rate’ 9.5 daripada 10.-KOSMO! ONLINE
@ohmymedia.cc Lepasni kena gantung banner bang bagitahu “IShowSpeed pernah makan sini”😁 #ohmymedia #ommbest #viral #ishowspeeddd #burger ♬ original sound – Oh My Media
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source