Lebih 5 juta kunjungi MAHA 2024, catat jualan RM41 juta
SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat jumlah pengunjung lebih lima juta orang.
Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semasa Majlis Penutup Maha di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.
Beliau berkata, angka pengunjung kelima juta tersebut dicatatkan pada pukul 12 tengah hari tadi dan individu bertuah itu akan membawa pulang sebuah kereta jenis Perodua Axia.
Mohamad dalam ucapannya berkata, sambutan kali ini juga mencatatkan nilai jualan langsung sebanyak RM41 juta dengan 139 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bernilai RM7.2 bilion telah berjaya ditandatangani.
Selain itu katanya, Agrobank juga merekodkan potensi pembiayaan dan padanan perniagaan berjumlah RM1.38 bilion (data sehingga semalam).
“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian luar biasa ini, terutama dalam peningkatan jualan anak benih, anak pokok dan binatang ternakan.
“Ini merupakan indikator positif bahawa minat rakyat terhadap sektor pertanian semakin pesat berkembang, di samping memperlihatkan kesedaran yang kian mendalam terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara,”katanya.
Lebih bermakna kata Mohamad, penganjuran MAHA kali ini juga adalah pengenalan MAHA Go Global yang merupakan inisiatif untuk mengembangkan dan mempromosikan produk pertanian Malaysia ke pasaran global.
“Lebih 9,500 ‘trade visitor’ dan 150 pempamer dari seluruh dunia turut direkodkan dalam penganjuran MAHA kali ini.
“Angka-angka ini bukan sekadar statistik, malah ia adalah cerminan bahawa MAHA terus menjadi acara utama negara memikat perhatian ramai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source