“Kena Cuci Kencing, Berak..” – Anak ‘Orang Atasan’ GISBH Dedah Ibu ‘Terseksa’ & Lalui Pelbagai Trauma
Sedia maklum, ketika ini isu yang melibatkan GISB Holdings sememangnya menjadi topik hangat diperkata ramai dan terbaru, salah seorang anak bekas ‘orang atasan’ di syarikat terbabit tampil bersuara.
Ayah ‘orang atasan’ di GISBH
Wanita tersebut meminta orang ramai untuk berhenti menyokong GISBH kerana pernah melalui pelbagai trauma termasuklah ibunya yang hingga kini perlu mengambil ubat disebabkan tekanan yang diterima sewaktu bergelar pengikut di sana.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, wanita yang dikenali sebagai Sabrina Bolivar mendedahkan dirinya merupakan anak orang di gerakan Al-Aqram yang kini muncul sebagai Globak Ikhwan Service and Business Holdings.
Namun begitu, bapanya telah meninggal dunia, tetapi ibunya masih dalam keadaan tidak baik akibat turut berada dalam gerakan tersebut.
Disuruh kahwin selepas tahu bergelar janda
Kata Sabrina, selepas pihak GISBH mengetahui ibunya sudah bergelar janda, dia dikahwin dengan salah seorang ustaz atas orang atasan dalam gerakan terbabit sebagai isteri keempat.
Tambahannya lagi, hasil perkahwinan ibu dan bapanya, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata dan selepas melahirkan adik bongsu, ibu wanita itu mengalami postpartum depression hingga kini akibat trauma yang dihadapi.
Ibu kena cuci kencing dan berak
Lebih mengejutkan, Sabrina memberitahu tugas ibunya menjadi isteri keempat adalah membasuh kencing dan berak anak anak dari isteri pertama hingga ketiga termasuk sekali anak sendiri sedangkan semasa belajar di universiti, ibunya merupakan pelajar perubatan.
Sabrina berasa bersyukur kerana ‘diselamatkan’ oleh neneknya dan berjaya membawa ibu keluar dari tempat tersebut serta berharap agar orang ramai mendoakan kesejahteraan ibu kembali pulih.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source