Bayar balik pinjaman PTPTN penuh hemah, tanggungjawab
PETALING JAYA – Penerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diminta supaya menjelaskan pembayaran balik pinjaman mereka dengan penuh tanggungjawab dan berhemah.
Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau mengingatkan golongan tersebut bahawa mereka telah pun menerima manfaat daripada pembiayaan PTPTN sehingga tamat belajar.
“Kita (PTPTN) mempunyai pelbagai pelan pembayaran balik yang sudah pasti tidak akan membebankan para peminjam. Penting untuk para peminjam berbincang dengan pihak PTPTN menstruktur semula pembayaran balik.
“Ini semua sudah pasti untuk manfaat masa depan jika bukan adik-beradik atau saudara-mara kita, mungkin untuk masa depan anak-anak kita nanti,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial, hari ini.
Semalam media melaporkan, KPT sedang mempertimbang beberapa tindakan termasuk berkaitan undang-undang terhadap peminjam PTPTN yang langsung tidak membayar semula pinjaman mereka sebelum ini.
Berdasarkan data, sehingga kini seramai 430,000 peminjam yang masih gagal dikesan belum membayar balik pinjaman tersebut.
Terdahulu, Zambry berkata, mana-mana calon yang mendapat tawaran ke IPTA, tetapi menghadapi kekangan kewangan boleh terus berhubung dengan universiti berkaitan untuk mendaftar terlebih dahulu.
Menurut beliau, KPT melalui PTPTN serta institusi kewangan lain akan membantu selanjutnya termasuk dengan memperuntukkan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500.
“Jangan khuatir dan jangan risau. Yang penting masuk daftar dahulu,” katanya.
Jelas beliau, sejak WPP diperkenalkan pada tahun 1999 hingga 31 Ogos 2024, seramai 980,120 pelajar telah menerima manfaatnya melibatkan peruntukan RM1.45 bilion.
Kata beliau, bagi kemasukan tahun ini, PTPTN memperuntukkan tawaran WPP sebanyak RM39.8 juta yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 26,534 pelajar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source