Yew Sin-Ee Yi mara ke separuh akhir Terbuka China

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi wakil ketiga Malaysia menempah slot separuh akhir selepas mengejutkan gandingan No. 6 dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou, China, semalam.
Pasangan veteran Malaysia yang menghuni ranking ke-23 dunia itu dipaksa berhempas pulas sebelum menang ke atas beregu Indonesia tersebut 14-21, 21-17, 21-14 dalam masa 58 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.
Beregu profesional negara itu yang berehat panjang gara-gara kecederaan menimpa Ee Yi sehingga menyebabkan ranking mereka jatuh bakal berdepan satu lagi halangan getir menentang gandingan tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu di separuh akhir, hari ini.
Pasangan China yang berada di kedudukan No. 7 dunia tersebut membenam beregu No. 2 dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 21-12, 11-21, 21-19 dalam masa 1 jam 5 minit.
Yew Sin-Ee Yi tidak bertarung sendirian di peringkat empat terbaik selepas satu lagi beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani telahpun melayakkan diri dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.
Selain dua beregu lelaki, Malaysia turut memiliki wakil dalam saingan beregu campuran melalui Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source