Datuk Seri Vida Kesian, Menangis Tengok Video Abang Bas Peluk Ibu
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menangis apabila menonton video Abang Bas memeluk ibunya selepas bebas dari tahanan dan telah diikat jamin.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Vida berkata sebagai ibu dia rasa kasihan dan simpati apabila melihat momen Abang Bas bertemu semula dengan keluarganya.
BACA: “Buktikan Saya Yang Buat Report” – Kes Abang Bas, Diana Danielle Cabar Netizen
“Pasal isu ‘Abang Bas’ ni sebenarnya saya tengok daripada jauh sahaja. Macam-macam pendapat, kecam ada, sokong pun ada. Tapi saya terpanggil untuk buat video ini apabila saya tengok pelukan ‘Abang Bas’ dengan ibu dia.
“Hati saya sebagai seorang ibu yang ada anak bujung..anak teruna, kita tahu perangai orang yang menyayangi, ikhlas dalam kasih sayang dan seorang yang penyayang iaitu ciuman dia. Dia cium ibunya dua kali selepas berpelukan,” katanya.
Sementara itu, Vida berkata dia yakin bahawa tindakan pemandu bas itu adalah kerana dia sayangkan kanak-kanak berkenaan.
“Itu buatkan saya terfikir dengan body gesture tersebut..kesian padanya. Disebabkan hantaran sebegitu orang salah faham, sampai kena tahan dan kena bicara.
“Sebagai seorang ibu, kuat hati saya mengatakan dia adalah seorang yang sukakan dan sayang budak-budak. Saya tengok dari sifat orang yang penyayang,” katanya.
Dalam pada itu, Vida berkata dia juga tidak memahami maksud sebenar perkataan ‘crush’ meskipun sering mendengar kedua-dua anaknya menggunakan perkataan berkenaan.
“Saya rasa perkataan ‘crush’ itu sedap disebut tetapi tak tahu maksud. Saya pun tak tahu maksudnya. Biarlah nak kata jahil pun. Saya selalu dengar Kacak dan Cik B cakap ‘crush’,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source