KPDN pastikan bekalan makanan negeri terjejas banjir mencukupi
KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa memastikan bekalan makanan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tetap mencukupi sewaktu tiga negeri utara tanah air itu sedang dilanda banjir sejak Isnin lalu.
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pelan kontigensi terus dilaksanakan bagi memastikan bekalan makanan tidak terjejas sebaik negeri-ngeri tersebut dilanda banjir.
“KPDN terus melantik pemborong dan peruncit terpilih di peringkat daerah untuk menghantar bekalan makanan di semua kawasan terjejas banjir di tiga negeri berkenaan.
“Ia bertujuan memastikan semua rakyat (mangsa banjir) terlibat tidak terputus bekalan (makanan),” katanya di Surau Al-Iman, Kampung Losong Panglima Perang di sini hari ini.
Terdahulu beliau ditemui selepas memantau perjalanan PJRM peringkat Terengganu.
Armizan berkata, berikutan perubahan cuaca sudah agak sukar diramal pada masa ini, KPDN telah mula membuat persiapan bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negara pada bulan depan.
Jelas beliau, semua KPDN negeri dan cawangan seluruh negara terutama negeri-negeri berisiko telah diarahkan untuk bersiapsiaga menghadapi musim tengkujuh.
“Kita akan menjalin kerjasama dengan jawatan kuasa pengurusan banjir peringkat negeri dan daerah bagi menyelaras bekalan makanan sepanjang tempoh bencana kelak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source