Jumlah mangsa banjir terus menurun di Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM : Seramai 556 mangsa banjir daripada 152 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di sini sehingga pukul 8 pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah itu menunjukkan berlakunya trend penurunan berbanding 582 mangsa yang berada di situ sehingga pukul 5.21 petang semalam.
“Bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih terdapat 421 mangsa daripada 109 keluarga masih berada di empat PPS yang dibuka di daerah tersebut.
“Sementara itu, 95 mangsa daripada 24 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) manakala 40 mangsa daripada 19 keluarga pula masih berada di sebuah PPS di Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya di sini, hari ini.
Tambah beliau, setakat ini, empat daripada 11 buah PPS telah ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti, Dewan Bukit Teh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa dan Dewan Sungai Bakap.
Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia setakat pukul 9 pagi ini, cuaca di kebanyakan tempat di negeri ini sama ada di Seberang Perai atau bahagian pulau, dilaporkan agak cerah.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source