Kempen cari kesilapan orang lain cara lapuk, tak berhemah – Jazlan
KLUANG: Berkempen dengan mencari kesilapan orang adalah cara yang ketinggalan zaman serta tidak berhemah.
Ini kerana cara kempen seperti ini sudah tidak relevan lagi kerana pengundi zaman in jauh lebih maju dan cakna dengan perkembangan semasa selain tidak menyokong seorang pemimpin sekadar bercakap kosong tanpa fakta.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub turut menyelar tindakan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang mendakwa kerajaan negeri serta Ketua Kampung Bentong tidak mengambil cakna terhadap masalah banjir di kampung berkenaan.
Katanya, rakyat sudah bijak membezakan antara permata dan kaca apatah lagi terhadap seorang pemimpin yang mencari kesalahan orang sedangkan dirinya juga tidak mendalami setiap isu dibangkitkan.
“Jika nak berkempen, carilah isu baharu dan bukan menggunakan modal lapuk dengan mencari kesalahan orang lain tanpa menyedari hakikat sebenarnya.
“Berkaitan isu banjir di Kampung Bentong, hakikatnya sudah diambil tindakan oleh pihak berkaitan tanpa menidakkan masalah dihadapi penduduk,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Kasih bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, mencari kesalahan orang lain itu adalah cara biasa dilakukan pembangkang setiap kali menghadapi pilihan raya.
Katanya, segala kebaikan dibuat tidak pernah dilihat secara positif oleh pihak lawan sedangkan kerajaan sedaya-upaya menyelesaikan masalah rakyat yang sudah pasti memerlukan masa mengatasinya.
“Cuma untuk mengatasi masalah seperti banjir ini memerlukan masa dan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source