Elly Mazlein Pilih Sembunyi Wajah Anak, Lebih Banyak Kebaikan
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein berkata dia memilih untuk ‘menyembunyikan’ wajah dua anaknya dengan emoji setiap kali memuat naik gambar di Instagram kerana merasakan ada kebaikannya.
Memetik BH Online, Elly bagaimanapun berkata dia tidak menyembunyikan wajah anaknya apabila di tempat umum dan ada sahaja yang akan menegur anak sulungnya, Sefhia sudah besar.
BACA: “Bila Si Bangang Berkata-Kata…Kurang Ajar Kau Ni” – Elly Mazlein Sound Netizen
“Saya memang memilih sembunyi wajah anak dalam media sosial selagi mampu. Ini kerana, saya hanya meletak emoji dalam dalam IG sahaja.
“Tetapi, kalau di luar (berjalan-jalan bersama keluarga) saya okay dan tak adalah anak-anak sampai kena pakai topeng. Memang di luar, ada orang yang terjumpa pasti akan menegur Sefhia sudah besar. Cuma, dalam media sosial sahaja tak ‘share’ (kongsi) sebab lagi banyak kebaikan,” katanya.
Sementara itu, Elly berkata perkara tersebut terpulang kepada ibu bapa masing-masing jika mereka tidak mahu berkongsi foto anak dalam media sosial.
“Setiap ibu bapa ada cara untuk membuat perkongsian anak-anak dalam media sosial). Saya memang memilih biarlah anak-anak berada di belakang tabir.
“Sebab, saya nak anak saya membesar seperti anak-anak yang lain. Macam kita dulu-dulu, dia bebas keluar dan tak dapat perhatian ramai. Saya nak anak-anak saya rasa begitu.
“Nanti, apabila sudah besar ikut kepada Sefhia sama ada nak ada akaun media sosial sendiri seperti IG, TikTok dan sebagainya,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source