“Ibu Buat Masak Lemak Kuning Otak Lembu Kesukaan Syamsul”
Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah menyediakan lauk kegemaran anak kesayangannya itu iaitu masak lemak kuning otak lembu pada Rabu lalu.
Memetik Kosmo, Datuk Yusof Haslam berkata isterinya mahu menyediakan lauk berkenaan sebaik saja Syamsul memberitahu untuk balik selepas menghubungi Patimah pada Isnin lalu.
BACA: “Insya-Allah, Kami Akan Berkumpul Semula” – Datin Patimah
“Apabila Syamsul menghubungi ibunya dan beritahu nak balik rumah jumpa kami berdua, saya panjatkan rasa syukur kepada Allah atas kemanisan dihadirkan buat keluarga kami.
“Sudah tentu ibunya paling teruja sampai minta ingatkan jangan lupa temankan dia ke pasar pagi semalam sebab nak beli paru serta otak lembu.
“Isteri saya kata dah lama Syamsul tak rasa lauk-pauk air tangannya terutama juadah kesukaannya iaitu masak lemak kuning otak lembu, cuma paru pula dah habis awal,” katanya.
Sementara itu, kepulangan Syamsul sudah cukup menggembirakan mereka seisi keluarga selepas hampir lima tahun tidak bertemu. Katanya lagi, dia dan isteri tidak mahu lagi mengungkit kisah lalu.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Tiada yang lebih membahagiakan ibunya selain melihat Syamsul ada depan kami, bersalaman meminta maaf atas kekhilafannya seterusnya dapat memeluknya semula.
“Kami dah lama maafkan Syamsul. Siapa yang tidak sayang anak. Besar harapan kami terutama ibunya agar kami semua dapat berkumpul seperti dulu.
“Sambil menikmati hidangan, kami banyak berborak pasal keluarga dan kerja. Hal peribadinya pula biarlah dia uruskan, perkara itu kami tak boleh campur tangan,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source